Terima Kasih awak !

Thursday, July 14, 2011

Get well soon Mr Mata Coklat

Assalammualaikum.


Imuniti badan aku dah semakin kuat, kuman-kuman baik dalam badan aku dah berjaya kalahkan kuman-kuman jahat. #Hoyeehhh Hingus pon dah kering so dah tak boleh dah guna hingus untuk tepek gambar dekat sini. 


Tapi tahu tak mana virus jahat tu pergi? Puas aku carik atas katil , bawah meja tak jumpa jugak. Kalau aku jumpa, aku masuk dalam lubang jamban aku flush namploh kali. Rerupanya virus tu dah singgah dah dekat Mr Mata Coklat aku. Amboi.kau tak dapat aku, dekat Mr Mata Coklat pon kau jadi ea?


Mr Mata Coklat 




Awak, ye awak yang mata coklat tu. Tolong dengar sini baik-baik, ibunda seremban mahu cakap sikit.#StyleTarikRambutKeBelakang Awak tahu kan saya gangster? Kalau gangster hati kena legend kan? Tapi legend macam mana pon saya dalam hati ada taman woook. Saya caring tau. Saya dengar tadi awak sedut-sedut selsema awak masa cakap dalam telipon pastu sempat jugak awak bersin-bersin melepaskan namplohtiga kuman. Teruknya virus tu buat awak kan? Takpe nanti saya hantar orang-orang saya pergi belasah virus tu ea?


Awak make sure makan ubat pastu tidur cukup-cukup. Untuk beberapa hari sampai la awak sihat, awak tak payah lah menggedik nak merayau pastu duduk rumah je berselibung dalam selimut. Boleh? BOLEH TAK?
Eah tergarang, ullpppp. #ImSoory




Awak tolong cepat sembuh sebab awak je tempat saya tumbuk-tumbuk , tempat saya masam masam muka , tempat saya jelir-jelir lidah, tempat saya merengek and kesat hingus , tempat saya tergelak sampai tercabut gigi palsu, tempat saya mengomel itu ini , and yang paling penting awak lah tempat saya salurkan semua lemak-lemak saya. So kalau awak tak sihat macam ni, macam mana saya nak buli awak? Saya tak suka membuli insan yang lemah tau.Muahaha.


Get well soon Mr Mata Coklat.  Nah senyuman semanis macarons saya hadiahkan awak sebab senyuman saya antara ubat yang mujarab untuk awak.













No comments:

Post a Comment