Terima Kasih awak !

Thursday, July 14, 2011

Get well soon Mr Mata Coklat

Assalammualaikum.


Imuniti badan aku dah semakin kuat, kuman-kuman baik dalam badan aku dah berjaya kalahkan kuman-kuman jahat. #Hoyeehhh Hingus pon dah kering so dah tak boleh dah guna hingus untuk tepek gambar dekat sini. 


Tapi tahu tak mana virus jahat tu pergi? Puas aku carik atas katil , bawah meja tak jumpa jugak. Kalau aku jumpa, aku masuk dalam lubang jamban aku flush namploh kali. Rerupanya virus tu dah singgah dah dekat Mr Mata Coklat aku. Amboi.kau tak dapat aku, dekat Mr Mata Coklat pon kau jadi ea?


Mr Mata Coklat 




Awak, ye awak yang mata coklat tu. Tolong dengar sini baik-baik, ibunda seremban mahu cakap sikit.#StyleTarikRambutKeBelakang Awak tahu kan saya gangster? Kalau gangster hati kena legend kan? Tapi legend macam mana pon saya dalam hati ada taman woook. Saya caring tau. Saya dengar tadi awak sedut-sedut selsema awak masa cakap dalam telipon pastu sempat jugak awak bersin-bersin melepaskan namplohtiga kuman. Teruknya virus tu buat awak kan? Takpe nanti saya hantar orang-orang saya pergi belasah virus tu ea?


Awak make sure makan ubat pastu tidur cukup-cukup. Untuk beberapa hari sampai la awak sihat, awak tak payah lah menggedik nak merayau pastu duduk rumah je berselibung dalam selimut. Boleh? BOLEH TAK?
Eah tergarang, ullpppp. #ImSoory




Awak tolong cepat sembuh sebab awak je tempat saya tumbuk-tumbuk , tempat saya masam masam muka , tempat saya jelir-jelir lidah, tempat saya merengek and kesat hingus , tempat saya tergelak sampai tercabut gigi palsu, tempat saya mengomel itu ini , and yang paling penting awak lah tempat saya salurkan semua lemak-lemak saya. So kalau awak tak sihat macam ni, macam mana saya nak buli awak? Saya tak suka membuli insan yang lemah tau.Muahaha.


Get well soon Mr Mata Coklat.  Nah senyuman semanis macarons saya hadiahkan awak sebab senyuman saya antara ubat yang mujarab untuk awak.













Kantoi : Ketiak si Hot

Assalammualaikum.


#EahMak Terkejut kucing tau tengok follower naik sikit walaupun sebesar taik hidung je. Alhamdulillah, esok-esok jadi seribu ler tu. Kalau camtu tak moh bukak belog setahun biar bukak-bukak je terus sakit jantung tengok follower berderet-deret macam lemak dalam badan aku. Tp  mesti nanti belog kepam aku ni rindukan aku sangat-sangat. Korang pon kan? 


Pur-lisss jangan buat muka Angry Bird dekat aku sebab aku benci Angry Bird . #Lailailaikong aku pujuk ea. Meh buat muka Domokun meh, domo domo. Muahahaha. Memang ayat aku macam nak mintak penyepak je. Followers pon sebesar taik gigi, ada hati rindu-rinduan. #Puiiiihhhhh. 


Korang nampak comel bersama DOMO DOMO. Pinkkkkkk pinkkkkk  =)


Jangan lah marah-marah aku, dah la imuniti badan aku lemah pastu di benci orang, terasa seperti sudah tergolek ditimpa refrigerator. Sedih la macam ni. Sob sob sob T.T


Eah banyak betul la tershahshul hari ni, nak cakap lain tapi tercakap lain pulak. Dush dush. Kasi penumbuk melantun biar stabil otak ni.


Korang,kalau aku tanya macam ni apa korang rasa?


" Korang, ketiak korang hitam tak? "


Adakah korang rasa macam nak kasi penyepak dekat aku sambil kepit ketiak korang?


Or korang ngaku je ketiak korang hitam?


Or korang buat-buat tak dengar soalan aku tu?


Eleh, takut ler tu orang tahu ketiak korang hitam. Muahahaha.


Dulu-dulu time dok hotel Red Queen dekat London  lah kunun, ada sorang kawan aku bernama Si Cantik *bukan nama sebenar* yang sangat sempoi suka tanya soalan ni. Memula aku macam errr bebal jugak nak jawab. Kenaapakah soalan yang tahap genius ni yang ditanya. Kenapakah? Then sorang-sorang mula lah teropong ketiak memasing ala-ala buat sportcheck gitu.


Ketiak aku? Masih ditahap kepuasan sebab dorang cakap ketiak aku tak kepam. Muahaha bapak style kan dorang judge ketiak aku? 


Ada lah sebelah dua belah tak puas hati dengan ketiak dorang mula pasang awan-awan nak kasi cucuk macam ala-ala botox  nak kasi putih kaw-kaw supaya suami dorang tak pengsan nambelas hari time selongkar ketiak dorang nanti. Time tu memang tak boleh buat apelah, aku  hanya mampu tergelak-gelak sampai terkeluar angin di lantai melantun-lantun.


WANTED : Stalker ketiak  bebudak hot.




Then one day ni, time aku tengah merayap-rayap skudeng orang dalam Facebook, ternampak pulak kawan aku sorang ni, Si Hot *bukan nama sebenar* upload doplohnam tambah nam belas gambar. Bukan kemain jeles aku nengok dia ni, dah la cun pastu hot pulak tu, untung lah badan kan. Tertiba satu gambar dia ni spoil pulak, terus jadi bahan.


Aku dengan spontan tanpa rasa bersalah terus post status dalam  group aku dekat FB tanpa aku sedari status tu boleh buat member-member aku terguling-guling macam tenggiling.


Status : Si cantik, aku rasa kau tak payah risau pasal ketiak hitam lagi sebab Si Hot *bukan nama sebenar* punya ketiak pun bapak hitam jugak. So chill je okay =)


Aku memula macam nak naik kan self confident kawan aku je tapi bila aku baca benda alah ni nambelas kali, okay aku ngaku yang aku ni bebal jugak kadang-kadang. Muahaha tak memasal je aku bukak aib orang, eah salah. Aib tu Si Hot yang bukak, aku tolong sebarkan je. 



Lain kali amek gambar ketiak kepit macam aku, kalau kau dedah apa pon tak boleh. Muahaha

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Lemah !

Assalammualaikum.


Halang serangan DEBUnga cinta -.-





Hakcoi, banyak debu ini blog serupa macam debunga-debunga cinta Misha Omar jugak. Tengok, meleleh dah bendalir hijau laju keluar dari hidung macam tak cukup tanah. Kembang-kembang hidung menahan walaupun hipotesisnya semakin kembang hidung semakin bnyak dan deras la bendalir hijau tu keluar. Hahahaha #ApaPonTakBoleh.


Imuniti aku dah tak kuat,aku lemah, semua rongga badan nak bermanja-manja mintak disuap dengan penyepak ubat cacing,ubat gamat, ubat scott emulsion, ubat stappler, ubat tu ubat ni. 
sob sob sob T.T





Maap lah,dah lama tak belai-belai kau Miss Blog, jangankan kau, Mr Mata Coklat pon belum sempat dibelai
aku dah berdengkor tak engat dunia. Untung lah dia dapat awek kuat membuta buta macam aku ni. #Ekleh
Okay lagi bhai kuat membuta-buta dari menkaro-karo kan diri kat dataran sampai tak balik rumah. Kan?
Aloloh terasa ke bhai?Ish mulut ni laser tau tak padan dengan sakit. No! No! No! Tak moh buat macam tu lagi nanti ada yang benci. Maaf you'lls. Auwww~~
 No offence, no butthurt -butthurt okay. Zzz zzzz.


Korang,doakan aiQa sihat lepas tu doakan aiQa makin kurus jugak.Please please. Aku dah tak larat ni, nak amek selimut nak baca doa pastu nak cakap selamat malam semua. Selamat malam Mr.Mata Coklat. Mueehehehe. Gatal menyempat lagi bukan kemain.


Ok chow, ini ibunda sebelum tidur mahu pesan, itu seremban wa yang pegang. #Blurenaaa




Dua tiga ketui sentapan enak  aku tepek  pakai hingus selsema untuk memudah kan korang nya proses bulimia =)


Wednesday, July 6, 2011

Apa yang Boys ' Pum-Pang Pum-Pang ' kan?

Assalammualaikum.


Korang, aiQa datang ni smbil melompat-lompat bintang lepas dengar khabar gumbira, si yang masam manis intan payung dah selamat di ijab kabul kan, eah salah. Dah selamat di proposed sebagai pacar oleh cowok  pujaan hati paru-parunya yang ada sixpack gitu. Hoo yehhh, welcome to Club GF Cantik . Muahahaha. Bukan kemain eksaited lagi aku ni, sepak sekali kang. #ApaPonTakBoleh.



Intan Yang Anis,hot baby!







Saya pon dah selamat dah spread gossip awak kat wall awak,auwww pantas kan saya jadi radio bergerak?
Pasni boleh lah kita tukar-tukar cerita pasal boyfren awak , pasal boyfriend saya , lepas tu pasal skandal awak, pasal boyfriend saya lagi , pastu pasal skandal awak no 2 then pasal boyfriend saya lagi. Huhh? sebab saya tak de skandal la awak. Eah do i? No ! No! No!
#TakSesuaiTau


Alah, girls kalau dah jumpa kan , the first rank story of course la YOUR BOYFRIEND vs MY BOYFRIEND. So kalau rasa-rasa time tu korang tak de balak ke kayu balak ke, kayu jati ke , better you get out your face because the conversation will be so Anneosayo annoying sampai korang rasa nak pelempang sorang-sorang. I experienced it. Worse!
Tapi sekarang dah ada Mr Mata Coklat makna nya boleh la kan aku nak masuk group yang so anneosayo annoying tu? Booo-ooooo jerk!


Teringat pulak dulu-dulu ada sorang mamat ni datang dari celah mana muka buku ntah nak bercekak pinggang dengan aku pasal benda alah ni. Amboi. 
Korang tahu dia cakap hape? 


#Introduction


Boys tak pernah pong nak letak story pasal awek dia yang comel lote bila hang out dengan member sejenis pasal it's not coooooooooool baby.Korang pum-pang pum-pang jaja cerita depa tapi depa jaja cerita apa?


Meh sini aku list out kan randomly what a boys talk.


Nak mencapub seketul sini boleh? 


*Dialog di edit atas kerna daya ingatan yang tak berapa nak sasa*


Dialog #1


Boy: Weh aidil tu bapak handsome kan masa buat goal cantik time lawan China Tapir tu?


Me: Are you Gay huh?


Dialog #2


Boy: Rokok sekarang naik harga ape cer doe? Camni tak berasap la aku seminggu.


Me: Bosan!


Dialog #3


Boy: Dota! Poker ! DOTA! POKER! Here i come baby!!!!
Korang bagi aku chip sikit,chip aku dah habes nak maen poker. 


Me: Weh ni macam ayat Mr Mata Coklat,laki masa depan aku je.Muahahaha.




Dialog #4


Boy: Awek kat kedai Mail Lambung tu bapak gebu weyh,kalau jadi couple aku tu maun 36 jam berkepit manjang. 


Me: Biasa lah LELAKI.


Dialog #5


Boy: Motor ni aku kalau aku modify letak kipas angin ke letak home theatre ke agak awek bawak kereta mini cooper pandang tak kalau aku remp remp sebelah? 


Me : Dalam keranda nanti nak modify letak ape pulak? #HamekKau


#Closing


Me : Eah bila time dorang nak cerita pasal kiteorang yang comel lote ni?




Boy :Huhhh no way.Kau ingat kitaorang ni ada mulut nak cerita pasal kau je ke haa perempuan? Lebih baik kitaorang dok kat JAMBAN dengan kawan-kawan kitaorang nyanyi lagu cinta pantai merdeka. Lagi berbaloi. 


Ewah mulut mamat ni ada saka agak nya kan? Muahaha. Hey saka, you pergi jauh-jauh. Kiteorang tak kisah pon kalau boy kiteorang tak pum pang pum pang jaja cerita kiteorang sebab kiteorang ni pemalu orangnya. Lagipun kiteorang tak nak wat air liur pakwe kiteorang kering nak cakap pasal kiteorang je. Depa dah tahu dah awek depa comel lote pastu pandai masak, pandai mengemas, pandai goda-goda, pandai itu pandai ini, tu pong dah cukup. #TerasaMak





Well, to love a man we need to understand them a lot and love them bit but to love a girl, do not understand them,only  love them much. 







Monday, July 4, 2011

Ce 'terai' cakap Nogori =)

Assalammualaikum.

Daro tumpang letak gambar setepek = )

Meh den nak tanya korang sorang-sorang sapo sini orang nogori? Angkat pipi macam den copek. Muahaha mesti korang tak boleh buek sobab pipi korang tak do lomak satu gelen macam pipi den ni haa kan?

 #UhMakAih bukan komain pokek den berbahaso basi nogori kat sini.

Nak buat macam mana , tu la asal aku , tu lah budaya aku , and tu la loghat aku. Kan? Kan? Tapi memang tak boleh blah kalau aku tertiba meroyan cakap Nogori dengan kawan-kawan, ada lah nanti yang tergolek terlentang tersembur sembur air liur tengik dorang dekat aku. 

Pasal hapa? Pasal bila cakap Nogori ni bunyik cam alien agak ea. Aku rasa time tu kalau  masuk Maharaja Lawak maun menang tanpa bertanding. Sebab tu la aku lagi prefer guna bahasa ‘Key-Hell’ je time gossip-gossip, ngumpat-ngumpat ke hape. Terpaksa okay . Kot tak nanti, aku cakap Nogori baru keluar sedas ayat dorang nya gelak dah terabur berlemon-lemon. Habis kalau aku ada doplohbelas juta ayat, tak ke semput dorang nak tergelak kan? Kesian dorang, I perihatin tau. #SentapMakNokks.

Pernah dulu time adek aku yang cakap aku gedik tu baru umor lima tahun, pak sedara aku hangkut dia pergi Key-Hell.  Time mula-mula dia sampai sana semua orang dok pulau dia and tak nak kawan dia. Maklum lah bila orang kampong masuk Key-Hell semua pakat pandang kecik besor kecik besor je . Nasib baik adek aku handal okay cakap Nogori. Sekali bila adik aku cakap Nogori, terus bersahabat sejati mereka-mereka tu. Siap dapat pakej naik basikal tiga malam tanpa bintang lagi. Nampak? Nampak? Aura Nogori tu. #Untunglah

Bersama hero Nogori. Muahahaha



Tapi aku suka je nak cakap loghat lain especially loghat Kuantan. Muahaha ada ke loghat Kuantan?!
Takpe nanti suruh laki masa depan ajar nanti senang nak beramah mesra dengan sanak sedara. *BLUR*

Kot kalau korang yang lidah Pan Asia makan sambal belacan tu nak ‘terai’ cakap Nogori ni, make sure korang telan biji durian dulu pasal nanti tak de la lidah korang terbelit sebut O banyak sangat. Meh terai sebut ni  dulu dengan hati yang ikhlas :

Den doakan ekau Fatin AiQa lopeh ni berjayo kuruskan badan sobolum rayo puaso and tak do kono panggil gomok lagi. Amin 

Kalau tapak kan dengan iron pon okay kan?


Hoo-yehh korang pandai. Muahahha. Mesti korang rasa nak bagi kaki setapak kat muka aku kan? #KesahPulakAku *Style diva


Sunday, July 3, 2011

Soalan yang boleh buat urat kentut terputus !

Assalammualaikum.


Hari ni hari tension sedunia apakah? Why? Why? Apasal semua nak kasi aku marah-marah sambil korek telinga? Tahu tak korang boleh buat aku mengalami penuaan yang auww auww.

Semua yang aku buat tak kena, makan pon lima pinggan, tidur pon dapat berbelas jam je. #Hachoi
Boleh heart attack aku kalau hari-hari macam ni.

Aku dah start rasa macam nak buat surgery buang lemak biar tinggal kulit je selapis boleh tak?
BOLEH TAK???


Macam ni kira berderet tak? Abaikan aku yang tembam di kalangan mereka  T.T

Tercabut urat kentut aku nak jawab  tau bila  berderet-deret orang tanya kenapa sekarang aku dah gemuk? Soalan berbisa kalah selumbar tu.

Mula-mula ayah yang buncet tanya :

Ayah : Eah lang, kenapa macam makin gemuk ni?

Aku: Pfft. Mana ada! *sambil senyum kambing

Pastu adik perempuan aku yang tak berapa nak kurus pulak cari pasal :

Adik : Kenapa badan kau gemuk sekarang?
Aku : Habis kau tu kurus sgt? (Hamek kau, muahaha kejam kan aku?)

Hari tu Mr Mata Coklat mendeclare kan aku gemuk jugak. Tsk tsk T.T

Mr Mata Coklat : Kenapa dalam gambar ni nampak macam kurus?

Aku :  Oah awak nak cakap saya gemuk la sekarang?

Mr Mata Coklat : Aloloh sekarang ni kurus lah ea?

Aku : *Blur* ( Gambar masa aku umor lapanbelas taon di tatap nya  memang la kurus, muahahaha)


Semalam mak pulak bikin hati ni panas.

Mak : Abg Khairil kau cakap kau gemuk sekarang.

Aku : ZzzzZZzzz. ( Malas nak cakap pape dah)


Aku tak menternak lemakpon tapi kenapakah lemak tetap tergoda nak bersama aku? Adakah kerna aku begitu manis? Puihhh~~ Gemuk yang perasan gitu.

Nah gambar kurus aku bagi setepek.

Tengok lah nanti aku usir lemak-lemak tu aku hantar balik kampong biar korang jeles nengok aku kurus.

 Ayat kobar-kobar aku hari ni adalah………..

"  Aku nak kurus !!!!!!!!!!  "

Tengok, merah tanda berkobar tau.